Soalan Lazim (FAQs)
Soalan-Soalan Lazim Berkenaan Coklat Minda:
1. Apakah
dia Coklat Minda?
Coklat
Minda ialah makanan berfungsi (functional food) yang mengandungi
khasiat-khasiat penting yang diperlukan otak untuk berfungsi baik dalam
kehidupan sehari-hari.
2. Bagaimanakah
rupa dan rasa Coklat Minda?
Bentuk dan rasanya sedap seperti coklat bermutu tinggi kerana ianya dibuat supaya digemari oleh semua peringkat umur. Jadi tiada masalah bagi ibu-bapa untuk menyuruh golongan muda dan kanak-kanak mengamalkan memakannya. Ia tidak mengandungi pewarna tiruan.
3. Berapa
banyakkah isi dalam sebotol Coklat Minda?
Sebotol Coklat Minda mengandungi 60 biji coklat yang cukup untuk kegunaan sebulan jika seorang pengguna memakan 2 biji sehari. Ada juga pengguna yang memakan 4 biji Coklat Minda sehari bila keadaan memerlukan seperti bila menyediakan tugasan yang mencabar minda atau membuat persediaan untuk peperiksaan.
4. Bagaimanakah
cara pengambilan Coklat Minda?
Makan Coklat Minda sebelum
sarapan pagi sekurang-kurangnya 2 biji bagi pengguna berumur 7 tahun ke
atas.
Bagi yang berumur di bawah 7 tahun, ambil 1 biji sahaja. Biarkan coklat ini hancur di dalam mulut dan diikuti dengan meminum air kosong.
Jika mahu anda boleh ulangi
kadar yang sama sebelum makan malam.
5. Selamatkah
Coklat Minda dimakan melebihi kadar yang dicadangkan?
Coklat Minda adalah sejenis makanan berkhasiat dan bukan ubat. Jadi ianya selamat dimakan seperti juga coklat lain. Setakat ini, tiada khabar berkenaan kesan-kesan negatif atau tidak menyenangkan diterima dari pengguna yang makan mengikut cadangan mahupun yang makan lebih.
6. Mengapakah
hanya sedikit Coklat Minda diperlukan setiap hari?
Kerana Coklat Minda dibuat menggunakan bahan-bahan istimewa bermutu tinggi seperti koko, susu kuda dan ekstrak pekat soya dan ekstrak Gotu Kola (pegaga).
7. Apakah
perbezaan antara Coklat Minda dengan lain-lain produk minda di Malaysia?
Pertamanya,
Coklat Minda bukan ubat-ubat atau pil-pil glukos homeopati yang dibuat
untuk merangsang minda secara rawatan. Kami berpendapat pengguna tidak
sakit mindanya, jadi mereka tidak memerlukan rawatan. Otak memerlukan
zat-zat tertentu yang tidak semestinya sama dengan keperluan badan.
Seorang yang kenyang perutnya, tidak bermakna otaknya juga “kenyang” dan
mendapat semua zat-zat penting. Jadi Coklat Minda diformulasikan untuk
membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan
baik seperti sepatutnya.
Keduanya, Coklat Minda dibuat dari
bahan-bahan pekat bermutu tinggi yang juga tinggi kosnya pada kadar
yang berkesan kepada pemakannya. Bagaimanapun ianya dijual dengan harga
berpatutan dengan untung yang sedikit supaya mampu dibeli berterusan
oleh penggunanya. Diharap, sambutan dari pengguna yang mencukupi akan
membolehkan syarikat terus beroperasi untuk kebaikan semua pihak.

