Produk
Coklat Minda
COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan
melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan.
Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang
pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang
dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan
yang mudah.
Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:
-
Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.
-
Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.
-
Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.
-
Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.
Khasiat Dan Kebaikan
-
Meningkat dan Menguatkan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru. -
Mengatasi
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan. -
Memulihkan
Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi. -
Mengekang
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
-
Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
-
Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
-
Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
-
Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.
Bahan Asas Coklat Minda
Koko
Selain daripada mempunyai perbagai
khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu
sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan
keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan
protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji
oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian
telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang
seimbang.
(Sumber: Chocolate:
Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals,
Chocolate Manufacturers Association of the USA).
Gotu Kola (Pegaga)
Pemakanan yang menjana
tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna
membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala
digelar food for the brain. Di negara
barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan
ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola
membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan
kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang
terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan
(antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
Kacang Soya
Kacang soya menawarkan complete
protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang
soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di
antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta
mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan kata:
Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and
Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and
Dietary Supplements USA).
Susu Kuda
Alternatif
kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana
gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu
manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan
komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan
susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein,
menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu
lembu.
(Kajian Godovac
Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).


