Produk

Di bawah adalah senarai produk-produk yang ditawarkan. Untuk maklumat produk sila klik dibawah:


Coklat Minda

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42

Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.


COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan dikelaskan sebagai makanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

Khasiat Dan Kebaikan

  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang  diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk

  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir  dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda


Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

Gotu Kola (Pegaga)

Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

Kacang Soya

Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan  kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).



Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et  al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000). 

ChoCollagen

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52
Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42

Testimoni ChoCollagen

   

 

ChocMirifica

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52

Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42

Merupakan coklat yang diadunkan dengan Pueraria mirifica untuk memberi fungsi mencantikkan tubuh dan kesihatan dalaman wanita. ChocMirifica adalah "coklat berfungsi" yang sedia untuk dimakan.

Apa itu Pueraria mirifica?

Pueraria mirifica adalah sejenis tumbuhan herba berubi yang banyak ditanam di utara Thailand. Penyelidikan menunjukkan "phyto-estrogen" dalam Pueraria mirifica adalah lebih banyak dan lebih berkesan. Adalah dipercayai ia boleh membawa faedah-faedah berikut:-

  • Membantu menjaga ciri-ciri kewanitaan
  • Memulihkan dan mengekalkan kesegaran tubuh
  • Anti-sindrom menopos
  • Menegangkan payudara
  • Melegakan ketidak-tentuan menopos
  • Membuat kulit kelihatan muda
  • Mengandungi khasiat anti-penuaan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan ingatan
  • Memperbaiki kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan bintik
  • Mengurangkan masalah katarak
  • Menyuburkan kulit, terutama di bahagian payudara
  • Melambatkan rambut beruban
  • Menggalakkan pertumbuhan, menguatkan dan menghitamkan rambut
  • Menambah tenaga dan kecergasan pergerakan anggota badan.

Kajian Klinikal Untuk Pueraria Mirifica

Ujian klinikal terhadap Pueraria mirifica sebagai makanan tambahan atau produk makanan berfungsi menunjukkan dengan jelas kesan-kesan estrogen kepada penguji, termasuk memperbaiki kulit, menyihatkan rambut, menegangkan buah dada dan berkesan untuk mendorong pembesaran buah dada.
Maklumat terperinci ujian klinikal tersebut boleh dibaca dibawah.

Kajian Klinikal & Amalan Herba Pueraria mirifica Pada Pembesaran Buah Dada.

Kajian Klinikal - Wanita Pra-menopaus (belum menopaus)
Jenis produk : Pueraria mirifica Premium Grade
Fungsi : Makanan Kesihatan (Makanan Tambahan)
Tempoh Ujian: 2 bulan
Jumlah Penguji :

31 peserta placebo
32 peserta 400 mg / hari, 15 hari / bulan
34 peserta 800 mg / hari, 15 hari / bulan

Keputusan diringkaskan dalam butiran di bawah:

Ujian kemujaraban Pueraria mirifica digunakan
sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi kepada wanita Pra-menopausal
Jumlah Penguji
800mg/hari x 34 orang
400mg/hari x 32 orang
Placebo x 31 orang
Keputusan
Keputusan
Keputusan
 
Penguji
%
Penguji
%
Penguji
%
Pembesaran Buah Dada
28
82.35%
3
9.38%
-
0
Ketegangan Buah Dada
30
88.23%
13
40.62%
-
0
Haid lebih sihat
10
29.41%
2
6.25%
-
0
Meningkatkan rembesan faraj
29
85.29%
14
43.75%
-
0
Kelegaan Charisma
4/4
-
3/3
-
-
0
Rambut yang lebih sihat
30
88.23%
24
75.00%
-
0
Pemulihan Kulit
32
94.11%
28
87.50%
-
0
Kesakitan mamari
32
94.11%
14
43.75%
-
0


Kumpulan placebo mengandungi 31 orang, diberikan kapsul berisi kanji ubi untuk dimakan 2 kapsul sehari untuk 15 hari dalam sebulan bermula dari hari pertama haid, selama 2 bulan berturut-turut. Kumpulan ini menunjukkan tiada perubahan dalam semua rekod parameter.

Kumpulan pertama mengandungi 32 peserta ujikaji, telah diberikan 400 mg Pueraria mirifica setiap hari dalam keadaan sama seperti kumpulan placebo.

Kumpulan ini menunjukkan perubahan mendadak dalam rekod parameter, termasuk kesakitan mamari (44%) yang adalah berkaitan dengan ketegangan buah dada yang juga dengan pembesaran buah dada, penyembuhan kulit (88%), rambut yang lebih sihat (75%), kelegaan karisma (100%), meningkatkan rembesan faraj (44%), haid lebih sihat (6%), ketegangan buah dada (44%), pembesaran buah dada (9%), dan pembesaran pinggul (9%).

Kumpulan kedua yang mengandungi 34 orang penguji, telah menerima 800 mg Pueraria mirifica sehari untuk dimakan dalam keadaan sama sebagai kumpulan placebo.

Kumpulan ini menunjukkan perubahan mendadak dalam rekod parameter, termasuk kesakitan mamari (94%) yang adalah berkaitan dengan ketegangan buah dada yang juga dengan pembesaran buah dada, penyembuhan kulit (94%), rambut yang lebih sihat (88%), kelegaan karisma (100%), meningkatkan rembesan faraj (85%), haid lebih sihat (29%), ketegangan buah dada (88%), pembesaran buah dada (83%), dan pembesaran pinggul (88%).

Kesimpulan
Kesimpulannya, Ujian klinikal terhadap Pueraria mirifica sebagai makanan tambahan atau produk makanan berfungsi menunjukkan dengan jelas kesan-kesan estrogenik kepada penguji, termasuk memperbaiki kulit, menyihatkan rambut, menegangkan buah dada dan sesuai untuk mendorong pembesaran buah dada.

Sumber: Institut Penyelidikan Tumbuhan Ubat-ubatan, Jabatan Sains Perubatan, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand; Julai 2000

PERINGATAN:

  • Tidak sesuai untuk wanita di bawah 20 tahun,
  • Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak,
  • Jangan makan ChocMirifica dalam tempoh mengandung atau menyusukan anak,
  • Jangan ambil makanan mengandungi Pueraria mirifica atau lain-lain makanan mengandungi estrogen tambahan, jika mengidap kanser payudara, ovari atau rahim, kerana kanser/tumor adalah sensitif kepada estrogen,
  • Jangan makan ChocMirifica jika mengambil pil perancang, dan
  • Berhenti mengambil ChocMirifica jika didapati tidak sesuai untuk tubuh anda.

MacaMaca

Harga Runcit: RM90
Harga Pakej (6 unit): RM70

MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon.

Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.

Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.

Adakah MACA Sejenis Ubat?

Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

MACA vs Viagra

Untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido (tenaga seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng".

Sejak Viagra diperkenalkan, banyak produk keluaran lain yang turut menembusi pasaran. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seks. Tidak kurang juga ada di antara produk-produk ini yang kekurangan bukti saintifik terhadap keberkesanannya. Walaubagaimanapun, Maca mempunyai bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya.

Orang ramai sering memanggil Maca sebagai Peruvian Ginseng atau Viagra Semulajadi. Untuk mengelakkan dari salah faham, jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Maca dan Viagra.

Maca sesuai untuk Lelaki dan Wanita.

MACA

Viagra

Maca sesuai untuk lelaki dan wanita Viagra hanya untuk lelaki sahaja
Maca berkesan untuk jangka masa panjang Viagra berkesan dengan cepat tetapi hanya untuk jangka masa singkat
Maca meningkatkan stamina tubuh dan memberi tenaga Viagra tidak memberi fungsi kecergasan
Maca merupakan 100% semulajadi dan ogranik Viagra merupakan produk kimia
Maca memberi kesan menyeluruh pada tubuh Viagra tidak memberi kesan menyeluruh pada tubuh

Nilai Nutrisi Di Dalam MACA

Carbohydrate : 59% Lipids : 2%
Proteins : 14% Minerals, Vitamins & Others : 16%
Fiber : 9%

Carbohydrate Membekalkan tenaga pada sel otot dan mencegah kelesuan otot
Meresap ke bendalir seminal untuk memberi tenaga kepada spermatozoids
Meningkatkan tahap aktiviti spermatozoids
Proteins Mencegah kemandulan pada lelaki dan wanita kerana asid amino adalah juzuk sel pembiakan
Lipids Mencegah kemerosotan keinginan seks dan disfungsi seks yang berkaitan dengan kekurangan hormon. Asid lemak diperlukan untuk sistesis hormon
Fiber Mencuci saluran penghadaman. Memperbaiki penyerapan nutrien
Minerals Diperlukan dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tulang
Vitamins Diperlukan dalam penghasilan tenaga, pengeluaran hormon dan memperbaiki fungsi kardiovaskular (jantung)
Alkaloids Merangsang sistem pembiakan untuk kedua-dua lelaki dan wanita
Merangsang aturan kalsium dan fosforus. Mengukuhkan tulang
MACA sterols Meningkatkan kesuburan wanita dan memperbaiki masalah menopause

Testimoni MacaMaca

update: 21/12/2011






Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player